Saturday, March 27, 2010

::ce acu cube try test::


Hi, people! Assalamualaikum..

Today, i would like to test your skill in Bahasa Melayu.. hehehe
Soalannya senang aje, standard soalan darjah satu..tapi belum tentu u all boleh jawab ;D


Selamat Mencuba!!
*tips: jawab dengan hati yang ikhlas, insyaAllah, anda boleh jawab dengan jayanya*


ARAHAN: Isikan tempat kosong di bawah dengan YA atau TIDAK


"___, saya busuk."


Dapat jawab tak? LOL
Sejak mula saya dapat soalan ni sampai hari ni pun saya tak dapat nak jawab..haha!


p/s: credits to Syafiee Yusof ^_^v





Thursday, March 25, 2010

::welcome to the real world::


WELCOME TO THE REAL WORLD!
(eh2,belom lagi..exam dulu!)


Ini adalah borang permohonan jawatan pegawai perubatan yang dah saya isi dan hantar...dah nak keje dah (insyaAllah)..yey!excited2!

"Dah nak abes dah? Sekejap je 5 tahun ek.."-----> ayat yang kerap didengar
Sekejap ke? Owh,tidak...5 tahun itu terasa sangat panjang..kan,kawan2?

Dalam borang ni kena tulis 3 hospital pilihan dan alasan..(the most difficult part..haha)
I did ask my parents if they have any suggestion and i was so shock when my mom said: "Pegi kedah la, kedah bawah pakatan rakyat" (umi..itu tidak membantu,ye)
erm...umi, selangor pun PKR gak..jauh2 nak p kedah kenape... ~_~"

Haha..
At last, I've decided to choose:
  1. hospital sultanah nur zahirah kuala terengganu
  2. hospital raja perempuan zainab II kota bharu
  3. hospital tengku ampuan afzan kuantan
alasan saya 'berdekatan dengan keluarga/saudara mara'..rasa macam tak strong sangat kan alasan tu?huhu..

never mind... keje kat mana2 pun same aje..houseman/house officer tetap kena buli, herdik, maki etc. T_T

Wah, dah ready ke nak go through 2 years housemanship ni...

InsyaAllah =)..moga diberi kekuatan, ketabahan dan kemudahan..
Tapi sebelum tu kena la pass exam dulu..hehe..caiyooookk!

p/s:
tolong doakan yang terbaik untuk saya..thanks! (^_^)

Wednesday, March 24, 2010

::mungkin la::

*kepada kawan-kawan saya yang caring dan supportive*

Saya dah fikir dan fikir dan fikir dan saya rasa tak perlu marah 'dia'..kerana marah itu api dan api itu syaitan..lagipun buang karan je marah2 'dia', tak 'change management' pon..hati yang sejahtera (qalbu salim) adalah hati yang sentiasa bersangka baik (terhadap Allah dan makhlukNya)..jadi,mari kita ber-husnu zhan!

Mungkin tu memang cara 'dia' layan semua orang..lain orang lain cara..so, lepas ni kena ingat la wujudnya orang yang macam ni..

Saya ni pulak 'baik' sangat plus 'kurang pengalaman'..so, mungkin saya yang tak fikir panjang, lepas tu, jadi la salah faham dan mungkin 'dia' pun tak terfikir akan jadi macam tu..kan,kan?haih!

Tapi...kalau betullah dia seperti yang kita sangka, mungkin dia adalah ujian Tuhan untuk saya..*senyum kelat*


p/s:
terima seadanya



Monday, March 22, 2010

::aku mau pulang::

TERIMA KASIH, YA ALLAH...
terima kasih kerana memanggil aku pulang
dan terima kasih kerana tunjukkan aku mana yang benar, mana yang dusta
dan terima kasih kerana jadikan hatiku redha..

Lindungilah diriku, ya Allah..
daripada hasutan dan kejahatan syaitan yang tersembunyi dalam hati manusia..




p/s:
Jauhkan aku dari dirinya...kerana aku mau pulang..
Thanks a lot to my friends...
Umi, angah nak balik..nak peluk.. T_T

Friday, March 19, 2010

::kumbang bukan seekor::

Sabar ye, housemate. Not your fault. Dia yang tak sanggup nak tunggu ko. So, let him go. Kumbang bukan seekor. You deserve someone better! -not that selfish crap-

Hey machaa! (dia bkn india)..dengar sini, i nak bebel:
  1. U langsung takde effort to get her parents' approval. Dia je terkial2 sorg2 for the sake of the relationship. Then, u blame my housemate for everything. And u say what?? "I cant wait for u anymore..I'll look for someone else and move on" Lepas tu u add her girlfriends kat facebook. What is your agenda, man?
  2. Tak leh ke tunggu my housemate abes exam baru minta break up? u noe damn well she'll be having BIG exam within 7 weeks time. Kejam betul.
  3. No wonder her parents reluctant to approve, they can smell the selfishness even though they never met u.
  4. U are good looking, economically more than stable but...heartless!
  5. Bye machaaa! (On behalf of my housemate)

p/s: bercinta selepas kahwin itu lebih baik, lebih terjamin dan ditanggung halal LOL

Tuesday, March 16, 2010

::What Goes Around Comes Around::

Learn all you can from the mistakes of others.
You won't have time to make them all yourself.
(Alfred Sheinwold)


I've learnt something--->what goes around comes around!

Ahha! Rasa macam nak jerit "PADAN MUKA KAU!" But it is not professional and it is not the right way in Islam..

So, I just give a smile..a meaningful smile =) and dalam hati I bunyi "snap! padan muka!". Uhh, itu juga tidak baik, Rabiatul...huhu (forgive me, saya juga manusia biasa)

Hurm, what happen eh? Sorry, can't tell you. It's quite sensitive. All I can say is:

Watch your words, people..and be nice to others ;)


p/s: saya juga selalu sakitkan hati kawan2 kan?sorry.....akan cuba jadi kawan yang lebih baik! ;)


Monday, March 15, 2010

::2in1::


Hi people! Assalamualaikum...
Ini post 2in1: 'Lea's Wedding' & 'Short Visit to Melaka'... =)

Semalam, 14 March 2010, around 11 am, Lea mula menyandang gelaran Mrs. Azmurin. Alhamdulillah, kami (housemates) dapat tengok dan dengar (dan tolong feeling skali) proses penukaran status Lea. Kami sangat excited,ok. Siap pakai baju same kaler--->purple (Lea's favourite). Hihi..
Unfortunately, sy xde 'camera yang sebenar'..huhuhuuuuu. Guna henpon aje, so, kualitinya kureng sikit la. Tapi xpe..last product tetap dipanggil gambar..pakai je la ape yang ade.. zuhud,zuhud ;)

Ncmah, Jiah, me, Anot


Jenna, Ecah


Murin


Lea


Halal dah


Selamat Pengantin Baru, Murin&Lea

Kami ambik sangat banyak gambar (termasuk yang gambar blur dan 'tutup mata'). Tapiiiiiii...xde satu pun gambar kami bersama kedua-dua mempelai dalam mana-mana camera (digital dan henpon) Uhh, so frustrated!

With Lea


With Murin

Selesai majlis Lea (actually kami stay sampai Lea sanding je), kami pergi melangsaikan kempunan saya nak naik Menara Taming Sari (mase elektif dulu x sempat naik..teringat-ingat..kih3). Tapi kami bertiga aje (me,anot,jiah) kerana yang lain pergi kenduri mak angkat Ncmah kat Rembau.



Then, kami berusaha 'menyampaikan' diri ke Eye On Malaysia (for the first time LOL). Dan..jeng jeng jeng! SUDAH TIDAK BEROPERASI LAGI, harap maklum... (hish, buat malu je x ikut perkembangan semasa) So, buat lawatan jarak jauh aje.



Tak dapat naik Eye On Malaysia, kami beralih arah ke Melaka River Cruise. Oleh kerana kami ni pandai sangat redah jalan, makanlah kami si buah langsat selama 45 minit, pusing2 tempat sama (cam sesat lam hutan tu). . Sempat gak sight seeing kat Jonker Walk (mcm China town). Anot kate "I hate Melaka!...punye jalan..". Nasib baik ade Faisal tolong bagi direction (thru phone). Sampai juga kami akhirnya. Akan tetapi (mesti ade tapi nye..hehehe) hujan turun selebat-lebatnya. Ya, river cruise kami ber-view-kan PAYUNG!

Elok je turun bot hujan stop! Haih~

Lepas solat, kami bergerak pulang. On the way balik, hujan lagi (kat highway)..lebih lebat dan hebat! Sampai x nampak jalan dan Anot terpaksa drive 40km/hr. ish ish ish. Ujian,ujian.. Kami selamat sampai kolej kul 11.30 pm (lepas makan western..buuurrrpp!) Alhamdulillah... Penat tapi seronok :D


p/s: more pictures kat facebook (kalau sempat upload :P)
Kat Kemaman (my hometown) pun saya pernah sesat. Saya memang fail bab ingat jalan ^_^'


Sunday, March 14, 2010

::kepenatan::

Hari ini saya keluar sehari suntuk..keluar pukul 8 pagi, balik pukul 11.30 malam.. Anak sapa ni ???
Hehe..saya pergi kenduri kawen Haslia la, my housemate. Dia housemate yang paling tua dan dia kawen dulu. Hihi.
Hurm, saya nak sgt post pasal Lea kawen ni tp saya juga sgt penat sekarang...may be esok or lusa or bila-bila saya free, saya akan update lagi...wallahua'lam.. See ya!

Friday, March 12, 2010

::tentang semut::

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadi`n-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari"


*updated*
Assalamualaikum wbt. =)
Kali ini saya nak share something pasal semut (an-naml).
Mesti semua org dah tau semut hidup dalam sebuah organisasi yang diketuai oleh Sang Ratu.
Dari mane kita tau fact ni? Honestly, I got it from the book and documentary channel.
Actually, hal ni dah disebutkan di dalam al-quran. Sila rujuk ayat di atas...
Ayat tu cerita tentang seekor semut memberi arahan kepada semut-semut lain untuk selamatkan diri masing-masing. Kalau yang memberi arahan tu selalunya siapa? Mesti la ketua kan,kan? Dan dalam ayat tu jelas menyatakan yang memberi arahan itu adalah semut betina...cuba tgk potongan ayat di bawah:

bermaksud 'berkata' for female, kalau utk male guna قَالَ

bermaksud 'semut betina'

WOW!


p/s: al-quran itu syumul dan haq...masihkah kamu ragu??

"Kitab (al-quran) ini tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa"
(al-baqarah:2)






Wednesday, March 10, 2010

::happy birthday my dear::


HAPPY BIRTHDAY!!!

10th March 2010


Siti Syahidatul Sumayyah is 7 y.o today =)
This year, saya tak dapat celebrate birthday syasya (again) T_T
Takpe2, syasya tunggu kak ah balik (kate syasya)..huhu
Happy birthday, my dearest sis..
Semoga Syasya panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam hidup dan sentiasa dalam rahmatNya, dunia dan akhirat..amin~ =)




p/s: Membesar dengan sihat dan baik dan jadi wanita yang solehah macam kakak-kakaknya..ngehngehngeh


Sunday, March 7, 2010

::bosan..bosan::

Bosan buat slide seminar, saya korek2 file lam my 'atasriba' and found a video of me, playing 'si si amerika' with my lil sis ^_^




Uhh, saya rasa saya dah homesick la..haih!



p/s: rindu syasya =(




Saturday, March 6, 2010

::Recycle::

Just wanna show u something that i just discovered last Friday:



It is actually a 'chain' of intravenous-drip-bottle seal:


Staff wad ortho takde keje sangat ke sampai sempat main dgn bahan terbuang??
Hehe..bukan begitu kawan2..

Before this,the place for the seals was here:




But now, they are here:
tarraaaa!



buat ikat curtain..hehe..cantik sikit..kalau tak,kitorg lilit2 selit je curtain tu (bughok rupe-nye)


p/s: kalau benda ni dah lama wujud kat wad or spital lain, maknanye ketinggalan zaman le saya..huhu