Cuaca sekarang sgt extreme. Siang panas terik, sampai angin pun jadi panas. Bila petang hujan selebat-lebatnya. Petang tadi Sri Serdang (SS) banjir kilat (area2 tertentu sahaja). Leh tahan dalam jugak la. Tapi selamat je keta kecilku meredah.
(Owh, gambar tidak cantik kerana guna henpon je...)
Eh, kenapa ke SS pada hari Isnin? (biasanye weekend aje)...
Ini kerana cafe telah mengecewakan kami untuk ke sekian kalinya. Cafe sepatutnya dah dibuka semula selepas cuti midsem. Tapi tadi dia jual roti aje. Masakan panas xde, lauk pun xde. Terpaksa la tunggu ribut petir reda dulu baru leh kluar beli dine. Lepas Isyak baru dapat makan. Perut pun dah masuk angin dah. sigh~
Hai rabiatul, jangan la mengeluh. At least dapat makan, alhamdulillah. Kat luar sana ramai lagi insan yang nak tengok food pun tak dapat.
Owh, tiba-tiba teringat payment Anak Palestin belum settle. tsk tsk tsk
p/s: title entry xde kaitan pun. itu hanyalah menu dine saya tadi
No comments:
Post a Comment