Hi, people! Assalamualaikum…
My post kali ni agak berat, panjang dan wordy… harap sabar dan tekun membaca =) (bunyi cam memaksa je..hehe… up to you la nak bace ke tak..saya tak paksa)
“setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibubapa lah yang mencoraknya sama ada menjadikannya Yahudi, Nasrani ataupun Majusi” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Agree tak dengan hadith tu? As a muslim mesti la kene agree kan..hadith sahih tu..
Masa kite kecik2 dulu, kite ikut je ape yang parents cakap/suruh/ajar kan? Baik yang diajar, baik la kite. Buruk yang diajar, buruk la kite. Sebab mase kecik, akal kite belum sempurna. Belum tau nak beza baik dan buruk. Bila dah besar , parents cuma mampu guide dan bagi peringatan. Nak ikut ke tak, kita sendiri yang pilih.
Sekarang kite dah dewasa, dah matang. Tengok balik diri kite. Baik ke aku? Jahat ke aku? Kalau baik, Alhamdulillah… kalau kurang baik? Salah siapa? Parents kite ke yang salah ajar/didik?
Takde parents yang sempurna. Dan takde parents yang mampu ajar anak depa dengan semua jenis kebaikan yang ada kat dunia ni. Mesti ada yang kurang, mesti ada yang terlepas pandang. Parents dah cuba bagi yang terbaik untuk kita, tinggal kita sendiri aje yang akan pilih nak jadi orang yang macam mana. Sebab tu Tuhan beri kita akal fikiran supaya kita fikir apa yang baik apa yang tidak, yang mana haram yang mana halal, apa itu dosa dan apa itu pahala.
Apa yang saya nak tekankan kat sini; kalau kita ditegur tentang perbuatan yang tidak menyenangkan, jangan jadikan didikan keluarga sebagai alasan. Saya terkilan bila kawan saya cakap, “Kita lain,bex. Didikan family ko lain, didikan family kitorang lain. Sebab tu kitorang macam ni, ko macam tu.”
Dear, friend. It is not about how you organize your wedding or how you prepare food for the family (lain adat lain cara, lain keluarga lain selera), so that you can blame didikan keluarga. Tapi kita bercakap tentang akhlaq dan hukum Tuhan. Kita mungkin tak sama family background tapi kita tetap sama dalam banyak perkara--Sembahan kita Allah, agama kita Islam, buku manual kita alquran, ikutan kita assunnah dan alhadith, dan kita sama2 terikat dengan ‘rule and regulation’ yang sama—haram dan halal, dosa dan pahala. Dan ingat, kita sama2 diberi akal untuk kita berfikir dan untuk kita muhasabah diri kita. Allah tak pernah meletakkan syarat ‘mesti ada family yang alim/warak’ untuk kita berubah menjadi lebih baik. Tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadat pada Pencipta kita. So, tak kira la siapa kita, dari mana kita datang, ke mana kita pergi, matlamat kita sama-- mengabdikan diri padaNYA.
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat padaKu" (az-zariyat:56)
Saya hanya mampu menegur dan menyeru. Terpulang pada kawan2 nak terima atau tak. Untuk berubah ke arah kebaikan, semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Hidayah Allah sentiasa terpancar. Kita hanya perlu buka dan ikhlaskan hati untuk menerima. InsyaAllah, hidayah tu akan sampai… kadang-kadang Allah hantar musibah atau ujian untuk memberi kesedaran dan supaya terdetik di hati kita untuk kembali padaNya…
Saya mohon maaf andai ada yang tersinggung dengan tulisan saya. Saya menulis ni sekadar ingin meluahkan rasa terkilan. Bukan sebab nak tunjuk saya ni baik gila (nauzubillah). Tidak sama sekali. Banyak lagi yang perlu saya belajar dan baiki. Sangat banyak sebenarnya…haih! But still, sesikit mana pun ilmu or amalan kita, kita wajib saling berpesan kepada kebenaran and mencegah kebatilan. Ingat tu… WAJIB!
"Kamu adalah umat yang terbaik (umat Muhammad) yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah" (ali imran:110)
p/s:
Jangan sesekali kamu berbangga dan bermegah2 dengan kemuliaan atau ketinggian ilmu keturunan/keluarga kamu. Dibesarkan dalam keluarga yang baik dan menerima didikan yang baik merupakan antara anugerah Tuhan yang sangat besar selain nikmat iman dan islam. Tapi anugerah tu bukan percuma. Ia datang bersama amanat… amanat untuk menyampaikan kepada mereka yang tidak tahu—yang tak berpeluang untuk tahu dan yang tak mahu tahu…
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung" (ali imran:104)
Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran—cakap senang, nak buat payah -_-“
Wallahua’lam